Terbaru!! kek kahwin telah pun boleh didapati dan ditempah oleh pelanggan yang dihormati.. kepada bakal2 pengantin terutamanya, anda bolehla memilih sebagai cita rasa masing2.
HARGA BOLEH DIRUNDING!!
KEK PERKAHWINAN merupakan kemestiaan dalam setiap majlis perkahwinan ataupun boleh dikatakan Upacara memotong kek perkahwinan merupakan antara upacara yang begitu sinonim dengan majlis perkahwinan, tidak keterlaluan jika acara ini dianggap sebagai satu kemestian dan adakalanya menjadi upacara kemuncak didalam sesebuah majlis perkahwinan. Kek-kek perkahwinan yang ditempah pula selalunya mengikut tema warna pelamin dan hantaran perkahwinan.
Kek perkahwinan yang dihasilkan menggunakan fondant juga lebih cantik kerana dapat dibuat dalam pelbagai bentuk. Kelebihan kek fondant ini juga ialah ianya tahan lama dan tidak mudah cair walaupun di dalam cuaca panas. Begitu juga untuk dijadikan hantaran perkahwinan, fondant adalah disyorkan bagi mereka yang perlu melalui perjalanan yang lama ke rumah pengantin perempuan atau pengantin lelaki.
Kek buttercream juga masih diminati dan ianya terpulang kepada selera masing-masing. Bagi mereka yang meminati kek perkahwinan yang lembut dan gebu, semestinya kek buttercream menjadi pilihan.Ini adalah kerana pada kebiasaanya kek buttercream dihasilkan menggunakan kek sponge yang memang sudah diketahui kelembutanya.Terdapat pelbagai jenis kek dipasaran, ada yang menjadikan tema bunga-bungaan sebagai motif, dan tidak kurang juga yang meminati kek perkahwinan yang dihiasi dengan anak-anak patung atau teddybear comel yang dipanggil figurines.
Trend yang terbaru menyaksikan kegilaan kepada kek-kek comel yang dipanggil cupcakes. Kek comel ini boleh dijadikan hantaran perkahwinan, souvenir kepada tetamu juga untuk upacara memotong kek perkahwinan. Semuanya terpulang kepada pilihan dan citarasa masing-masing.
Budget juga memainkan peranan penting bagi bakal pengantin untuk membuat pilihan, antara kelebihan kek perkahwinan bertingkat ialah ianya boleh dihasilkan mengikut kesesuaian budget pengantin. Mereka boleh memilih jumlah berat dan jumlah tingkat yang diingini. Terdapat juga permintaan yang hanya menggunakan "kek kotak". Kek kotak ini menggunakan polisterin foam dan dihiasi menyerupai kek yang sebenar, hanya tingkat yang paling bawah menggunakan kek sebenar.
Dengan cara ini, bakal pengantin dapat menjimatkan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bakal-bakal pengantin membuat pilihan yang tepat untuk hari bahagia anda, buatlah pertanyaan dan perbezaan harga. Dan paling penting, semuanya perlu dilakukan awal bagi mengelakkan kekecewaan apabila tempahan kek perkahwinan tidak diterima disaat akhir.
Alhamdulillah.. banyak juga tempahan yang pihak kami terima dr pelanggan dalam bulan puasa lepas.. rezeki Allah.. terima kasih kepada yg mmberi sokongan dengan muslimah bakery.. semoga produk2 islam akan bertambah dan dimertabatkan pada peringkat global.. :-)
TERLARIS!! ON SALE!!
Almond Arab (AR 01)
50 biji (1balang) RM 25
Almond Arab Zebra (ARZ 02)
50 biji (1balang) RM 25.50
0 comments:
Post a Comment